Mesyuarat Penyelarasan Pengerusi AKRAB dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) Bil. 1 Tahun 2014 telah diadakan pada 8 Januari 2014 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Abu Bakar, JPA Cyberjaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Abdul Jalil bin Hassan, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi.
Mesyuarat ini juga dihadiri oleh Pengerusi AKRAB Kementerian dan juga Jawatankuasa Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Tujuan mesyuarat penyelarasan ini adalah untuk membincangkan hala tuju program AKRAB di kementerian dan agensi dalam usaha memperkasakan peranan dan fungsi AKRAB serta membantu Pengurusna Sumber Manusia membudayakan nilai murni dalam organisasi.
Selain itu juga, mesyuarat ini turut membincangkan pencapaian Program AKRAB Tahun 2013 yang telah dilaksanakan dan juga perancangan Program AKRAB Tahun 2014.
No comments:
Post a Comment