Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA
Sejarah
Penubuhan Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA
Bahagian Perkhidmatan Psikologi bermula pada
Januari 1992 dikenali dengan nama Unit Kaunseling dan hanya dianggotai oleh dua
(2) orang pegawai dan diletakkan di bawah cawangan tatatertib. Pada Oktober
1994 Bahagian ini telah diwujudkan secara rasminya dengan nama Unit
Perkhidmatan Psikologi. Dengan dianggotai oleh 16 orang pegawai. Pada September
1998, unit ini telah di naik taraf menjadi Bahagian Perkhidmatan Psikologi.
Kini Bahagian Perkhidmatan Psikologi dianggotai oleh seramai 37 orang pegawai.
Bahagian Pengurusan Psikologi sehingga kini telah diterajui oleh lima (5)
orang pengarah iaitu:-
- YBhg. Dato' Dr. Mat Saad bin Baki (1992 - 4 Julai 2003)
- YBrs. Dr. Ismail bin Alias (16 Sept 2003 - 16 Sept 2006)
- YBrs. Dr. Mohd Azhar bin Haji Yahya (17 Sept 2006 - 30 November 2007)
- YBrs. Dr. Aris bin Kasan ( Disember 2007 hingga 1 Julai 2013 )
- YBrs. Dr. Abd. Halim bin Mohd Hussin ( 17 September 2013 hingga kini )
Maklumat Korporat Bahagian Pengurusan Psikologi
Visi
Menjadikan perkhidmatan psikologi sebagai teras kepada aspek pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia selaras dengan wawasan JPA.
Misi
- Menggubal dasar perkhidmatan psikologi.
- Menjadi pakar rujuk perkhidmatan psikologi.
- Merancang keperluan perkhidmatan psikologi.
- Melaksana perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia melalui program pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
- Menentukan pelaksanaan dan keberkesanan perkhidmatan psikologi dalam sektor awam.
Objektif
Menyediakan dasar dan perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia bagi membangunkan pegawai sektor awam yang berintegriti dan berprestasi tinggi.
No comments:
Post a Comment