Tuesday, 28 January 2014

Mesyuarat e-Psikologi Bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Mesyuarat e-Psikologi bersama Pengarah Kastam telah diadakan pada 13 Januari 2014 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Abu Bakar, JPA Cyberjaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Abdul Jalil bin Hassan, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi. 

Mesyuarat ini dilaksanakan bagi tujuan Pelan Penggantian dan Kenaikan Pangkat (Successing Plaining) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).





















Mesyuarat Penyelarasan Pengerusi AKRAB dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) Bil. 1 Tahun 2014


Mesyuarat Penyelarasan Pengerusi AKRAB dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) Bil. 1 Tahun 2014 telah diadakan pada 8 Januari 2014 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Abu Bakar, JPA Cyberjaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Abdul Jalil bin Hassan, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi.

Mesyuarat ini juga dihadiri oleh Pengerusi AKRAB Kementerian dan juga Jawatankuasa Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Tujuan mesyuarat penyelarasan ini adalah untuk membincangkan hala tuju program AKRAB di kementerian dan agensi dalam usaha memperkasakan peranan dan fungsi AKRAB serta membantu Pengurusna Sumber Manusia membudayakan nilai murni dalam organisasi.


Selain itu juga, mesyuarat ini turut membincangkan pencapaian Program AKRAB Tahun 2013 yang telah dilaksanakan dan juga perancangan Program AKRAB Tahun 2014.

Monday, 13 January 2014

Majlis Nostalgia Kasih : Persaraan YBhg. Dato' Dr. Ismail bin Alias, Timb. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)

Majlis ini diadakan sempena persaraan wajib YBhg. Dato' Dr. Ismail bin Alias, 
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Majlis ini diadakan pada 8 Januari 2014 (Rabu) bertempat di Dewan Seri Cempaka, 
JPA Cyberjaya. 



Ketibaan YBhg. Dato' Dr. Ismail bin Alias di Perkarangan Lobi JPA Cyberjaya

YBhg. Dato'. Dr. Ismail bin Alias diiringi oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, YBrs. Dr. Abd. Halim dan juga Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, 
YBrs. Dr. Abdul Jalil bin Hassan menuju ke Dewan Seri Cempaka



Ketibaan YBhg. Dato' Ismail b. Alias disambut meriah oleh warga 
Bahagian Pengurusan Psikologi.



Menandatangani buku lawatan diiringi Pengurusan Tertinggi 
Bahagian Pengurusan Psikologi



Ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Abd. Halim bin Mohd Hussin, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi

Penyampaian cenderamata oleh YBrs. Dr. Abd Halim bin Mohd Hussin 
kepada YBhg. Dato' Dr. Ismail bin Alias


Ucapan oleh YBhg. Dato' Dr. Ismail bin Alias

Nyanyian lagu "Kenangan Terindah" dendangan khas oleh warga 
Bahagian Pengurusan Psikologi


Sesi bergambar warga Bahagian Pengurusan Psikologi bersama 
YBhg. Dato' Dr. Ismail bin Alias sebelum majlis bersurai



Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakitkan.  












Sunday, 12 January 2014

Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA


Sejarah Penubuhan Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA

Bahagian Perkhidmatan Psikologi bermula pada Januari 1992 dikenali dengan nama Unit Kaunseling dan hanya dianggotai oleh dua (2) orang pegawai dan diletakkan di bawah cawangan tatatertib. Pada Oktober 1994 Bahagian ini telah diwujudkan secara rasminya dengan nama Unit Perkhidmatan Psikologi. Dengan dianggotai oleh 16 orang pegawai. Pada September 1998, unit ini telah di naik taraf menjadi Bahagian Perkhidmatan Psikologi. Kini Bahagian Perkhidmatan Psikologi dianggotai oleh seramai 37 orang pegawai. Bahagian Pengurusan Psikologi sehingga kini telah diterajui oleh lima (5) orang pengarah iaitu:-


  • YBhg. Dato' Dr. Mat Saad bin Baki (1992 - 4 Julai 2003)
  • YBrs. Dr. Ismail bin Alias (16 Sept 2003 - 16 Sept 2006)
  • YBrs. Dr. Mohd Azhar bin Haji Yahya (17 Sept 2006 - 30 November 2007)
  • YBrs. Dr. Aris bin Kasan ( Disember 2007 hingga 1 Julai 2013 )
  • YBrs. Dr. Abd. Halim bin Mohd Hussin ( 17 September 2013 hingga kini )


Maklumat Korporat Bahagian Pengurusan Psikologi


Visi

Menjadikan perkhidmatan psikologi sebagai teras kepada aspek pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia selaras dengan wawasan JPA.


Misi

  • Menggubal dasar perkhidmatan psikologi.
  • Menjadi pakar rujuk perkhidmatan psikologi.
  • Merancang keperluan perkhidmatan psikologi.
  • Melaksana perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia melalui program pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
  • Menentukan pelaksanaan dan keberkesanan perkhidmatan psikologi dalam sektor awam.

Objektif

Menyediakan dasar dan perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia bagi membangunkan pegawai sektor awam yang berintegriti dan berprestasi tinggi.